BEST SELLER
DARI KITA, UNTUK MEREKA
Rayhanah x Cinta Gaza Malaysia
Kempen Rayhanah x Cinta Gaza Malaysia turut menyokong usaha penyediaan bekalan air bersih kepada penduduk Gaza yang terjejas akibat krisis kemanusiaan. Air bersih merupakan keperluan asas yang paling kritikal dalam situasi semasa. Sejumlah 5,000 liter air diagihkan setiap hari, membolehkan setiap keluarga penerima memperoleh sekurang-kurangnya 20 liter air sehari untuk kegunaan harian. Projek ini dijalankan di kawasan Utara Gaza dan Bandar Gaza, memberi manfaat kepada lebih 250 keluarga setiap hari, selama tempoh 30 hari. Sumbangan anda melalui pembelian Set Sunnah Eksklusif adalah sebahagian daripada usaha murni ini.

Melalui inisiatif kerjasama bersama Cinta Gaza Malaysia, setiap pembelian Set Sunnah Eksklusif Rayhanah (120 softgel) akan disalurkan sebahagiannya bagi menyokong penyediaan makanan panas harian kepada 2,000 penerima manfaat di kawasan Utara Gaza. Antara makanan yang diagihkan termasuk nasi, lentil, kekacang dan pasta â sebagai sumber tenaga dan nutrisi penting kepada mereka yang kehilangan tempat tinggal akibat krisis berpanjangan. Sumbangan anda bukan sahaja memberi kesihatan kepada diri, tetapi juga menghulur harapan kepada insan yang memerlukan.
