Kenali Madu dan 4 Proses Penghasilannya oleh Lebah

Kenali Madu dan 4 Proses Penghasilannya oleh Lebah

Madu telah digunakan sejak zaman-berzaman sebagai sumber makanan tenaga yang penting. Madu sering digunakan dalam kehidupan seharian sebagai agen pemanis, pewarna, perasa, dan juga untuk menambah kelikatan dalam produk makanan.

Selain itu, madu turut digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional sebagai rawatan alternatif untuk pelbagai penyakit, dan memelihara kesihatan tubuh badan.


Apa itu Madu?


Menurut Suruhanjaya Alimentarius Kodeks (1989), madu didefinisikan sebagai pemanis semula jadi dihasilkan madu lebah dari sari bunga atau nektar, atau dari rembesan bahagian tumbuhan, atau buah-buahan.

Ia dikumpulkan oleh madu lebah, diubah, serta digabungkan dengan bahan spesifik (enzim) dalam perut madu lebah sehingga matang.



Jenis – Jenis Madu


Madu dapat di kategori kan kepada dua jenis, di mana ia bergantung pada sumber nektar yang dikumpul lebah. Terdapat dua jenis madu iaitu madu monoflora dan poliflora.



Bagaimana Proses Penghasilan Madu oleh Lebah?


Proses penghasilan madu oleh lebah melibatkan empat peringkat di mana ia bermula dari proses pengumpulan nektar oleh lebah, pemprosesan nektar dalam perut lebah, penghasilan madu di dalam sarang/hive, dan akhirnya proses penuaian madu.



1- Pengumpulan Nektar:


Lebah menghasilkan madu daripada nektar, iaitu sejenis cecair yang dikeluarkan oleh tumbuhan /bunga dan ia mengandungi hampir 80% air dan sebatian gula kompleks.

Dengan menggunakan probosisnya, lebah menghisap nektar dari bunga dan menyimpannya di dalam perutnya.



2- Pemprosesan Nektar dalam Perut Lebah:


Ketika di dalam perut lebah, proses penukaran akan berlaku dimana enzim akan memecahkan gula kompleks di dalam nektar kepada bentuk gula ringkas, untuk mengelakkan proses kristalisasi (pengerasan) berlaku ke atas gula tersebut.

Lebah kemudiannya akan kembali ke sarangnya, dan memuntahkan semula nektar yang dihadam ke dalam sel-sel hive sarang lebah.





3- Penghasilan Madu di dalam Hive:


Di dalam hive, air akan tersejat dari nektar, menjadikan ia cecair yang lebih pekat. Lebah akan menjadikan nektar tersebut mongering dengan mengipaskan sayapnya pada nektar tersebut. Proses pelikatan ini menjadikan madu terhasil.



4- Penuaian Madu:


Setelah madu terhasil, ia akan disimpan di dalam sel-sel sarang lebah (hive) dengan ditutupi oleh lilin. Madu yang semakin matang akan disimpan sebagai makanan untuk lebah dan koloninya, serta boleh dituai untuk kegunaan manusia.



Dapatkan produk-produk Madu Yaman asli, berkualiti tinggi dari Lembah Hadramaut keluaran Rayhanah.


Nak dapatkan Madu Original?



Sumber Rujukan:

Bogdanov, S., Jurendic, T., Sieber, R., & Gallmann, P. (2008). Honey for nutrition and health: a review. Journal of the American College of Nutrition, 27(6), 677-689.

White, J. W., and Landis W. Doner. “Honey composition and properties.” Agriculture handbook 335 (1980): 82-91.

Bogdanov, Stefan. “Honey composition.” The honey book (2009): 27-36.

Dr. Faszly Rahim, Dr. Wan Nasyrudin, dan Prof. Dr. Aminah Abdullah, “Indahnya Pemakanan dan Perubatan Islam”, 2015.

Related products