Madu Lembah Hadramawt – Anugerah Dari Yaman

Madu Lembah Hadramawt – Anugerah Dari Yaman


Yaman merupakan antara negara pengeluar madu terbesar di dunia. Industri madu dan penternakan lebah di Yaman telah bermula sejak beribu tahun lalu, dan merupakan antara profession tradisi masyarakat kuno Yaman yang dikekalkan secara turun-temurun.

Di Yaman, kira-kira 5000 tan madu di hasilkan saban tahun dan terdapat hampir 80,000 penternak lebah di sekitar kawasan-kawasan pergunungan yang masih terpelihara seperti Pergunungan Lembah Hadramawt.


IMG_20210708_172847_753


Keistimewaan Madu dari Lembah Hadramawt


Industri madu dari Hadramawt sangat terkenal dengan penghasilan madu berkualiti dari pelbagai gred. Madu-madu seperti Sidr, Sumur, dan Marai merupakan madu-madu asli dari kawasan-kawasan pergunungan di sekitar Hadramawt seperti Lembah Do’an. Madu Sidr dari Lembah Do’an adalah sangat berkualiti dan bernilai tinggi dan sering menjadi rebutan para pengedar madu.

Menurut laporan pada 2012, Salem Raji, seorang pengarah di Kementerian Pertanian Yaman mengatakan madu-madu yang dihasilkan dari lembah ini adalah unik dan istimewa, dimana setiap jenis madu mempunyai aroma tersendiri selain kaya dengan pelbagai nilai terapeutik dan nutrisi. Selain itu, madu Sidr dari lembah ini juga sangat istimewa, ia tidak kering jika dipanaskan dan tidak beku di dalam peti ais.


IMG_20210708_172634_224


1- Wadi Do’an, Hadramawt – Pergunungan yang Terpelihara


Wadi Do’an atau Lembah Do’an merupakan satu wilayah di Hadramawt yang terletak di timur Yaman. Kawasan ini terkenal dengan industri penternakan lebahnya dan penghasilan pelbagai jenis madu asli berkualiti.

Hampir 26 % penghasilan madu dari Yaman adalah dari kawasan pergunungan ini dan ia merupakan antara industri madu terbesar di Yaman. Permintaan madu dari kawasan ini adalah amat tinggi sehingga ketika musim tuaian, hampir setiap masyarakat setempat seperti petani dan guru turut menjadikan penternakan lebah sebagai sumber pendapatan sampingan selain para penternak lebah Do’an sendiri.


IMG_20210708_172836_396-1


Lembah Do’an ini dikelilingi pelbagai jenis pohon-pohon liar berunsur terapeutik yang telah pun wujud sejak beratus tahun dahulu. Walaupun sudah bertahun, kawasan pergunungan ini masih kekal terpelihara dari sebarang pencemaran dan pembangunan industri. Selain terkenal dengan penghasilan madu asli berkualiti tinggi, madu yang dihasilkan dari Lembah Do’an juga mempunyai reputasi sebagai madu yang bebas dari sebarang pencemaran kimia dan penggunaan racun serangga.


IMG_20210708_173003_738


2- Industri Penternakan Lebah dan Penghasilan Madu


Lebah-lebah yang diternak di Lembah Do’an merupakan lebah liar tempatan yang hanya hidup di kawasan pergunungan ini dan hanya mengambil nektar dari bunga-bunga di sekitar kawasan pergunungan. Lembah ini dikelilingi pelbagai jenis pohon-pohon yang berbunga mengikut musim tersendiri dan ia merupakan syurga buat lebah-lebah ini sepanjang tahun.  

Lebah-lebah liar ini diternak melalui pelbagai kaedah dan ia berbeza mengikut setiap penternak Do’an. Namun, setiap proses ternakan lebah ini adalah secara semulajadi dan lebah-lebah ini hanya dibiarkan bebas mengambil nektar dari pohon-pohon sekitar, dan bukannya diberi makan air gula.


WhatsApp-Image-2021-07-09-at-09.49.16-1-1


Para penternak lebah ini juga masih mengekalkan cara tradisional untuk proses penuaian dan pengumpulan madu. Tiada sebarang mesin, proses dan penambahan bahan kimia digunakan demi mengekalkan keunikan rasa asli madu serta nutrisi-nutrisi yang terkandung di dalamnya. Teknik yang digunakan juga merupakan tradisi yang masih dikekalkan secara turun-temurun dan hanya ditambah baik mengikut peredaran zaman untuk menjaga kebersihan dan kualiti madu.


WhatsApp-Image-2021-07-09-at-09.49.13-2


3- Madu Sidr Hadramawt – Cairan Emas Bumi Yaman


Lembah Do’an, Hadramawt terkenal dengan penghasilan madu Sidr nya yang dikatakan antara madu premium terbaik di dunia. Keunikan madu Sidr dari Do’an ini dipercayai hasil dari sumber nektar pohon Sidr nya yang berkualiti tinggi dan tanah Lembah Do’an yang subur.

Pohon Sidr (Aziziphus Spina Christi) yang tumbuh di lembah ini hanya berbunga sekali setahun dan ia mekar kira-kira dalam masa 40 hari sahaja. Ketika musim tuaian, permintaan madu ini adalah sangat tinggi dan para penternak lebah Do’an akan didatangai dengan para pengedar madu yang bukan sahaja dari Yaman, malah dari negara-negara pengimport luar seperti Arab Saudi.


IMG_20210708_172719_354-1


Madu Sidr dari Lembah Do’an ini di anggap sangat bernilai buat penduduk tempatan dan merupakan anugerah yang sangat berharga buat Yaman. Madu ini sering dibandingkan kebaikannya dengan madu Manuka kerana kedua-duanya kaya dengan pelbagai nilai perubatan dan nutrisi semulajadi.

Pelbagai kajian saintifik telah dijalankan dan dibuktikan dengan penggunaan madu ini, dan antaranya ia dilaporkan mengandungi tahap antioksidan yang tinggi, kesan anti-kuman dan berpotensi merawat kanser. Madu Sidr Do’an ini juga sangat likat dan kaya dengan aroma dan rasanya yang unik dan tersendiri.


IMG_20210708_172936_167


Madu Lembah Hadramawt Rayhanah


Design-18-1


Madu Lembah Hadramawt Rayhanah merupakan madu asli berkualiti tinggi dari gred terbaik. Madu-madu ini diimport terus dari Yaman, dan Rayhanah sentiasa komited dalam memantau proses kemasukan madu-madu ini ke Malaysia. Ketulenan madu-madu dari Rayhanah juga telah dijamin Kementerian Pertanian Yaman sendiri dan telah dipastikan di makmal-makmal yang diiktiraf di Malaysia.


Jom dapatkan Madu Lembah Hadramawt Rayhanah, original dari Yaman.


BUY NOW


Sumber Rujukan:

  • Honey Sustains Yemen Community, Saeed Al Batati, 2012, https://gulfnews.com
  • Doa’ani Honey: A Gift To Honeymooners, Saeed Al Batati, 2009, https://www.arabnews.com
  • Roshan, Abdulrahman et al., 2013, Authentication of the Monofloral Yemeni Sidr Honey Using UV Spectroscopy and Chemometric Analysis, Journal of agricultural and food chemistry.
  • Wedad M. Al-Haik et al., Antimicrobial activities for hadhrami honey on growth of some pathogenic bacteria. Universal Journal of Pharmaceutical Research. 2017, 2(6), 7-12.



Related products