About Rayhanah

Rayyan Salsabila pengimport terbesar Makanan Sunnah di Malaysia yang mengimport Madu Yaman ASLI dari Lembah Hadramawt.
Kami menjaga gred dan kualiti pengeluaran kami mengikut piawaian-piawaian internasional. Produk makanan sunnah jauh lebih baik dari produk-produk ciptaan saintis yang digunakan sebagai supplement (makanan tambahan) untuk menjaga kesihatan individu.

Produk utama Rayhanah:

1) Madu Lebah Lembah Hadramawt (Sidr, Sumur & Mara’i)

SIJIL-SIJIL RAYHANAH

Wawasan Syarikat:

– Mampu membekalkan Madu terbaik dunia secara konsisten dengan harga paling munasabah dan berusaha untuk mengelakkan penglibatan pihak/ individu pihak ketiga bagi memastikan kos mengimport dapat dikurangkan.
– Memberi peluang kepada rakyat Malaysia menikmati khasiat Makanan Sunnah yang telah di iktiraf sebagai makanan tambahan ‘Terbaik Di Dunia’ dan mampu menyumbang ke arah kehidupan dan kesihatan rakyat Malaysia kepada yang lebih baik dan sejahtera.

Misi Syarikat:

– Bagi mencapai wawasan syarikat, kami percaya kualiti kerja dan penglibatan semua pihak yang dilantik adalah sangat penting. Oleh yang demikian, kami berusaha sedaya upaya untuk mengelakkan penglibatan individu/ pihak ketiga dalam menguruskan segala transaksi, proses pengimportan produk dan semua urusan yang boleh dilakukan secara sendiri. Ia bertujuan untuk memastikan kualiti produk sentiasa terjamin dan mampu meminimakan sebarang kos yang dirasakan perlu. Hal ini berkaitan dengan penawaran harga yang akan dibuat kepada pembeli agar mereka tidak terbeban dalam soal harga bagi mendapatkan produk bertaraf antarabangsa.

Objektif Syarikat:

1) Mampu menyediakan produk terbaik dunia berasaskan pemakanan Sunnah Nabi s.a.w secara konsisten dan perterusan.
2) Memastikan produk ini sampai pada semua golongan sasaran melalui pelbagai hebahan samada melalui media elektronik mahupun media massa. Antara golongan sasaran adalah:

A. Mereka yang mengidap sebarang penyakit
B. Warga emas/ golongan orang tua
C. Mereka yang mementingkan kesihatan
D. Kanak-kanak

3) Hanya melantik pengedar yang mampu memenuhi kriteria dan syarat yang telah di tetapkan oleh pihak syarikat bagi tujuan kelangsungan misi, wawasan dan objektif agar dapat dicapai dengan jayanya.
4) Berkembang dan membesar sebagai sebuah Syarikat Sdn. Bhd dan mampu berada di pasaran Bursa Saham Malaysia.
5) Menjadi sebuah syarikat bumiputera yang berdaya saing dan kompetitif dalam dunia perniagaan yang sangat mencabar.
6) Menjadi pengimport terbesar di Malaysia bagi tujuan memperkasakan tahap kesihatan dan kesejahteraan kehidupan rakya Malaysia.
7) Mencapai sasaran keuntungan bersih 5 juta setahun bagi tujuan memperkembangkan program-program dakwah di Malaysia yang masih dalam perancangan.
8) Berusaha mendapatkan pelanggan baru dari masa ke semasa di samping mengekalkan pelanggan sedia ada.
9) Menjadi sebuah syarikat yang bersistematik secara total bagi memudahkan semua urusan dari peringkat atasan hingga peringkat pengurusan serta operasi. Juga mengambil kira kemudahan para pelanggan yang membuat sebarang urusan mahu pun transaksi dari pelbagai medium selari dengan perkembangan teknologi masa kini.

Perniagaan Syarikat:

1) Mengimport dan membekalkan Madu (Gred A) dari Lembah Hadramawt, Yaman untuk pasaran Malaysia, Singapura dan Brunei.
2) Melantik pengedar berpotensi untuk memastikan pulangan syarikat sentiasa konsisten dan berada pada paras sasaran.
3) Membuat jualan secara runcit di atas talian (online) dan menyertai karnival atau mana-mana pameran yang dianjurkan oleh badan-badan kerajaan atau NGO di seluruh Malaysia.

Laman sosial Rayhanah:

Website Online: Rayhanahmadu.com
Faccebook : Madu Lembah Hadramawt
Google+ : Rayhanah Madu
Instagram : Rayhanah Madu
Twitter : Rayhanah Madu
Youtube: Rayhanah Madu

Ustaz Johari Wahab
Pemilik / Pengurus Syarikat Rayyan Salsabila Ent.