Tanda Dan Gejala Eczema Serta Langkah Pencegahan

Tanda Dan Gejala Eczema Serta Langkah Pencegahan

Sebelum ini, kita telah menceritakan apa itu eczema dan punca eczema berlaku. Seterusnya kita akan mengupas lebih lanjut mengenai tanda dan gejala eczema dan langkah pencegahannya.


TANDA DAN GEJALA ECZEMA

Antara tanda dan gejala yang biasa dijumpai dalam pesakit eczema adalah:

  • Kulit kemerah-merahan
  • Kulit kering dan menebal
  • Kulit berasa gatal


LANGKAH PENCEGAHAN


Terdapat beberapa langkah pencegahan yang boleh diambil bagi mengelakkan diri daripada mendapat eczema. Antaranya ialah:


1 – KENAL PASTI PUNCA ECZEMA


Antara langkah awal pencegahan penyakit eczema adalah mengenal pasti perkara yang menyebabkan eczema. Dengan mengenal pasti bahan tersebut lebih awal, anda boleh cuba untuk menjauhkan diri daripada bahan tersebut.



2 – MENDAPAT NASIHAT DOKTOR


Maklumat yang betul membawa kepada tindakan yang betul. JIka anda berasa anda mempunyai tanda dan gejala eczema, anda boleh membuat janji temu dengan doktor dan berbincang mengenai perkara dan langkah pencegahan yang boleh dilakukan jika tanda dan gejala eczema bertambah buruk.



3 – MENJAGA PEMAKANAN


Allergi makanan boleh juga menyebabkan gejala eczema bertambah buruk. Oleh itu, elakkan diri daripada makan makanan yang boleh menyebabkan allergi. Anda boleh berunding dengan doktor untuk mengetahui bahan makanan yang sebolehnya dielakkan.



4 – MEMBERSIHKAN KAWASAN PERSEKITARAN


Persekitaran yang bersih boleh mengurangkan risiko mendapat eczema. Jadi sentiasa menjaga kebersihan diri dan juga kawasan persekitaran anda.



Dapatkan Softgel Kelapa Dara Dari Rayhanah Hari Ini!



SUMBER RUJUKAN:

  • Eczema (atopic dermatitis): Causes, treatment & symptoms. Cleveland Clinic, (2020), https://my.clevelandclinic.org.
  • Eczema causes and atopic dermatitis risks: Genetics, environment, and more. WebMD, https://www.webmd.com.
  • Guidelines for diagnosis, prevention and treatment of hand eczema – short version. JDDG: Journal Der Deutschen Dermatologischen Gesellschaft, 13(1), 77–84.

Related products