Rayhanah kini menampilkan set softgel “3 Beradik“ dengan pakej yang lebih jimat dan menguntungkan. Set ini mengandungi gabungan ketiga-tiga suplemen softgel keluaran Rayhanah iaitu Habbatussauda, Zaitun Gold, dan Kelapa Dara.
Amalan pengambilan ketiga-tiga suplemen ‘Superfood Semulajadi’ ini setiap hari mampu memberikan tenaga dan meningkatkan tahap kesihatan harian anda. Jom ketahui dengan lebih lanjut kebaikan dan manfaat dari pengambilan “3 Beradik” ini.
1- Meningkatkan Imunisasi dan Ketahanan Badan
Gabungan pengambilan minyak Habbatussauda dan Kelapa Dara setiap hari mampu meningkatkan ketahanan badan dari sebarang jangkitan kuman atau pathogen merbahaya. Pengambilan ‘Immune Booster’ dari sumber-sumber semulajadi ini amat perlu terutama di kala wabak Covid-19 masih menular di luar sana.
Kajian mendapati kandungan bahan aktif Thymoquinone, TQ di dalam Habbatussauda dapat memberikan kesan anti-bakteria, anti-kulat, serta anti-virus. Justeru, pengambilannya dapat membantu dalam meningkatkan dan menguatkan sistem ketahanan badan, selain berpotensi menyembuh dan mencegah pelbagai penyakit seperti batuk, demam, dan selsema.
Kira-kira 40 – 50 % daripada kandungan asid lemak di dalam minyak Kelapa Dara pula adalah terdiri daripada asid laurik. Asid laurik dapat meransang penghasilan monolaurin yang memberi kesan anti-kuman, justeru membantu meningkatkan imunisasi badan. Kajian menunjukkan kandungan asid laurik (monolaurin) di dalam minyak kelapa dara membantu melawan jangkitan kulat, bakteria dan yis, serta mampu membunuh virus di dalam tubuh.
2- Sumber Antioksidan Semulajadi
Gabungan pengambilan minyak Zaitun dan Habbatussauda setiap hari pula mampu menjadi sumber antioksidan semulajadi yang amat diperlukan untuk memelihara kesihatan tubuh dan mencegah pelbagai penyakit.
Dengan gaya hidup yang semakin tidak terkawal, pengambilan pemakanan yang kaya dengan sumber antioksidan adalah amat diperlukan untuk memelihara sel-sel tubuh dari kerosakan akibat pelbagai kesan radikal bebas di luar sana.
Minyak zaitun kaya dengan polifenol tumbuhan semulajadi seperti oleuropein dan hydroxytyrosol yang menjadi sumber antioksidan. Kandungan asid oleic nya yang tinggi dapat merangsang tahap kesihatan tubuh badan manusia kepada keadaan paling optimum. Kandungan antioksidan yang tinggi ini membantu mencegah dan mengurangkan risiko kanser, memelihara kesihatan organ-organ dalaman, serta dapat melambatkan proses penuaan. Selain itu, kandungan vitamin E di dalam minyak zaitun juga dapat melembapkan kulit dan mengubati penyakit kulit kering.
Minyak Habbatussauda juga kaya dengan sumber antioksidan. Bahan Thymoquinone (TQ) di dalam habbatussauda bersifat antioksidan dan membantu dalam merawat dan mencegah kanser dan tumor. Kajian mendapati TQ di dalam habbatussauda mampu menyebabkan kematian sel-sel kanser dan menyekat pertumbuhannya.
3- Kandungan Asid Lemak Sihat
Manfaat terakhir adalah sumber kandungan asid lemak sihat hasil amalan pengambilan minyak Kelapa Dara dan minyak Zaitun setiap hari. Pengambilan asid lemak sihat ini amat penting untuk memelihara kesihatan jantung.
Komposisi utama minyak kelapa dara adalah asid lemak sihat iaitu MCFA (Medium Chain Fatty Acid). MCFA ini mudah terurai dan pengambilannya dapat memberi tenaga tambahan dan menambah stamina. Kandungan MCFA yang tinggi di dalam minyak kelapa dara membantu mencegah risiko penyakit jantung kerana pengambilannya dapat meningkatkan paras kolesterol baik, HDL dan mencegah penghasilan kolesterol jahat, LDL. Selain itu, MCFA juga dapat membekalkan sumber tenaga segera kapada otak, justeru membantu meningkatkan fungsi otak dan mencegah nyanyuk.
Minyak zaitun pula kaya dengan lemak mono tidak tepu (monounsaturated) yang tidak mempengaruhi peningkatan kadar kolesterol dalam darah, justeru amalan pengambilannya membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok. Selain itu, lemak tak tepu ini juga sangat baik untuk melancarkan proses penghadaman dan pencernaan serta meningkatkan metabolisma tubuh. Pengambilannya dapat membantu dalam mempercepatkan pergerakan usus dan menghalang sembelit, selain dapat mengurangkan risiko ulser perut.
Set Softgel sebagai Keperluan Kesihatan Harian
Kesimpulannya, pengambilan set softgel “3 Beradik” sebagai suplemen harian anda adalah amat bermanfaat kerana kebaikan yang diperoleh dari setiap produk adalah saling melengkapi untuk keperluan penjagaan menyeluruh tubuh badan anda setiap hari.
Hargai dan peliharalah kesihatan anda dengan pilihan suplemen dari sumber-sumber berkualiti dan terbaik, dan semestinya dari Rayhanah.
Dapatkan Set Softgel Rayhanah Anda Sekarang…
KLIK SINI UNTUK LIHAT PROMOSI ISTIMEWA SET SOFTGEL SEMPENA RAYA HAJI
Sumber Rujukan:
- 4 Jenis Minyak Zaitun dan 5 Khasiat Kepada Kesihatan, Atika Razali, 2020, https://rootofscience.com
- M. Gorzynik-Debicka et al., Potential health benefits of olive oil and plant polyphenols, 2018, Int. Journal of Molecular Sciences, 19, 547.
- E.M. Yimer et al., Nigella sativa L. (black cumin): a promising natural remedy for wide range of illness, 2019, Evidence Based Complementary and Alternative Medicine, vol.2019: 16 pages.
- A. Ahmad et al., A review on therapeutic potential of Nigella sativa: a miracle herb, 2013, Asian Pacific Journal of Tropical Biomedicine, 3(5): 337 – 352.
- Virgin Coconut Oil: Uses, Nutrition, and Health Benefits, 2021, https://www.netmeds.com
- S. Chinwong et al., Daily consumption of virgin coconut oil increases high-density lipoprotein cholesterol levels in healthy volunteers: a randomized crossover trial, 2017, Evidence Based Complementary and Alternative Medicine, vol. 2017: 8 pages