Minyak Kelapa Dara Untuk Kecantikan Semulajadi: Rahsia Kulit Berseri

Minyak Kelapa Dara Untuk Kecantikan Semulajadi: Rahsia Kulit Berseri

Minyak kelapa dara mempunyai pelbagai khasiat dan sering digunakan secara tradisional dan moden untuk pelbagai tujuan, baik dalam bidang masakan, kesihatan mahupun kecantikan. Kandungan vitamin dan antioksidan yang tinggi dalam minyak kelapa dara menjadikan ia sesuai untuk tujuan perubatan dan kecantikan. 

 

Minyak kelapa dara merupakan bahan popular dalam penjagaan kulit secara tradisional terutamanya di rantau Asia Tenggara. Minyak kelapa dara mengandungi vitamin E yang baik untuk kulit. Dalam era moden ini, penggunaan minyak kelapa dara semakin meluas terutama dalam pembuatan kosmetik.

 


Terdapat banyak kelebihan minyak kelapa dara pada kecantikan dan penjagaan kulit. Antaranya: 


1. Pelembab

Seperti minyak semulajadi yang lain (seperti zaitun atau jojoba), minyak kelapa dara mudah menembusi lapisan permukaan kulit kerana struktur molekulnya yang kecil. Minyak ini adalah pelembab yang sangat baik untuk kulit. Ia membantu untuk menghidrat dan melembutkan kulit sepanjang hari.

Kajian-kajian membuktikan minyak kelapa dara mengandungi vitamin E (antioksidan) serta asid kaprik, asid linoleic dan asid kaprilik yang mempunyai kuasa pelembapan yang kuat. Keupayaannya untuk meresap kelembapan lebih ke dalam sel membantu mengekalkan kulit agar sentiasa terhidrat dan anjal.


                                    1708330716130



2. Kesan Anti-Penuaan

Minyak kelapa dara juga boleh bertindak sebagai pembersih kulit secara semula jadi kerana kesan anti-bakteria dan kelembapannya. Kesan kelembapan ini dapat mengelakkan kedutan dan kekeringan pada kulit. Justeru, amalan penggunaannya membantu mengurangkan kesan penuaan kulit yang pramatang.

    

 1708330716096


3. Membantu Penyembuhan Luka dan Masalah Kulit


Kandungan asid lemak MCFA seperti asid kaprilik dan asid laurik di dalam minyak kelapa dara memberi sifat anti kuman dan anti radang  yang  membantu dalam pemulihan masalah jangkitan dan keradangan kulit seperti eczema, jerawat, psoriasis dan dermatitis. Terdapat kajian yang menyatakan kadar penyembuhan luka meningkat pada kulit tikus yang dirawat dengan VCO.

Penggunaan minyak kelapa dara sebagai antiseptik semulajadi yang membantu penyembuhan luka juga kini semakin meluas.

 

4. Penanggal Solekan (Makeup Remover)


Minyak kelapa dara berkesan dalam menanggalkan solekan tanpa merosakkan kulit. Malah penggunaannya berbanding penanggal solekan berasaskan kimia yang lain membantu dalam memberikan sumber nutrisi pada kulit, dan tidak memberi kesan kekeringan kulit.


Minyak Kelapa Dara Rayhanah


Minyak Kelapa Dara (Virgin Coconut Oil) dari Rayhanah diekstrak menggunakan teknik perahan sejuk (Cold Press) tanpa haba bagi memastikan minyak yang terhasil adalah berkualiti tinggi dan nilai nutrisinya terpelihara. Penggunaan minyak kelapa dara adalah sangat bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan secara semulajadi.

Minyak kelapa Dara Rayhanah didatangkan dalam bentuk softgel, yang mudah di telan, travel friendly, halal dan diyakini selamat.

 

Jom Dapatkan Softgel Kelapa Dara Rayhanah Sekarang



KLIK SINI UNTUK LIHAT PROMOSI ISTIMEWA SET SOFTGEL SEMPENA HARI RAYA HAJI INI


Rujukan:

1. Nur Madiha Mohd Ramzi. (2019). VCO-Trigonatural Cream

2. sihat.anggur.uk/ 20 Kelebihan Minyak Kelapa Dara.

3. ebuletin.mardi.gov.my. Amir Syariffuddeen Mhd Adnan, (2022). Penghasilan minyak kelapa dara di tapak ujilari (testbed) pemprosesan minyak kelapa dara (VCO) MARDI Bagan Datuk, Perak

4. Norhayati Mohamed Noor, (2013). The Effect of Virgin Coconut Oil Loaded Solid Lipid Particles (VCO-SLPs) on Skin Hydration and Skin Elasticity

5. https://www.bharian.com.my/wanita/rias/2023/04/1088168/6-kebaikan-minyak-kelapa-untuk-kulit

Related products