Buah kelapa telah digunakan sejak zaman dahulu lagi untuk masakan, kesihatan dan kecantikan. Menurut Coconut Research Centre, satu pertiga dari populasi dunia bergantung kepada buah kelapa untuk makanan dan ekonomi mereka. Buah kelapa mempunyai pelbagai fungsi malah isi kelapa dan airnya mengandungi sumber nutrisi yang tinggi dan kaya dengan vitamin dan mineral.
Minyak Kelapa
“Coconut oil is the healthiest oil you can use.”
Joseph Mercola, D.O.
“Coconut oil is the healthiest oil on earth”
Bruce Fife, N.D.
Minyak kelapa adalah minyak yang diekstrak dari isi kelapa. Minyak kelapa ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
Minyak Kelapa Bertapis (Refined Coconut Oil)
Minyak kelapa jenis ini dihasilkan melalui proses yang melibatkan haba dan penggunaan bahan kimia. Ianya tidak mempunyai rasa dan aroma kelapa. Minyak ini sering digunakan untuk tujuan masakan dan ia mudah didapati di pasaran dengan harga yang lebih murah.
Minyak Kelapa Dara (Virgin Coconut Oil)
Minyak kelapa dara terhasil dari perahan isi kelapa secara perahan sejuk (cold pressed), tanpa menggunakan haba dan penggunaan bahan kimia. Struktur asalnya dapat dikekalkan. Justeru minyak kelapa yang terhasil berkualiti tinggi dan sumber nutrisinya dapat dipelihara. Minyak ini mempunyai sedikit aroma dan rasa kelapa yang manis.
Sumber Asid Lemak Sihat
90% daripada kandungan minyak kelapa dara adalah lemak tepu. Selebihnya merupakan pecahan lemak tak tepu dan beberapa vitamin. Namun, minyak tepu dari kelapa dara merupakan minyak tepu sihat yang tidak meningkatkan kolesterol, malah amat bermanfaat pada kesihatan.
Minyak kelapa dara kaya dengan asid laurik dan asid lemak MCFA (Medium Chain Fatty Acid) yang dapat membantu meningkatkan kesihatan badan. Ia juga kaya dengan polyphenols yang bertindak sebagai antioksidan yang dapat membantu memelihara sel-sel badan dari radikal bebas.
Manfaat Minyak Kelapa Dara
Minyak kelapa dara mempunyai pelbagai manfaat malah ia diiktiraf sebagai salah satu ‘superfood’ yang sangat baik untuk kesihatan. Minyak ini juga sesuai diamalkan oleh semua peringkat umur, dari kanak-kanak sehinggalah warga emas. Antara manfaat minyak kelapa dara adalah:
- Kecantikan
- Kesihatan rambut
- Kesihatan jantung
- Membantu pesakit diabetes
- Menambah stamina
- Membantu menurunkan berat badan
- Anti-penuaan
- Berpontensi mencegah kanser
- Mencegah Alzheimer
- Kesihatan tulang
- Oral Health
- Meningkatkan fungsi kalenjar tiroid
Sihat dengan Softgel Kelapa Dara Rayhanah
Ramai yang sedar manfaat minyak kelapa dara kepada kesihatan. Terdapat pelbagai jenama minyak kelapa dara yang terdapat di pasaran. Akan tetapi ramai dikalangan kita yang tidak mampu untuk menelan minyak kelapa dara secara terus. Bagi membantu lebih ramai mendapat manfaat dari minyak kelapa dara, Rayhanah menghasilkan minyak kelapa dara didalam bentuk softgel yang mudah ditelan, Halal, diyakini selamat dan mesra pengguna.
Istimewa Disember ini, dapatkan softgel Kelapa Dara Rayhanah dengan harga-harga promosi yang menarik.
Jom Dapatkan Softgel Kelapa Dara Rayhanah
Sumber Rujukan:
- https://www.coconutresearchcenter.org/
- https://news.amdi.usm.my/fullnews.php
- https://www.bharian.com.my/wanita/rias/2023/04/1088168/6-kebaikan-minyak-kelapa-untuk-kulit