Eczema ialah suatu penyakit kulit dimana kulit menjadi kasar, gatal-gatal, keradangan dan menebal. Eczema juga boleh menyebabkan kulit lepuh (bernanah) dan berdarah. Penyakit ini telah memberi kesan kepada 15-30% populasi kanak-kanak dunia.
Eczema paling biasa dijumpai pada muka, pergelangan tangan, siku dan lutut. Kulit ialah salah satu sistem pertahanan badan pertama. Jika sistem ini rosak atau terganggu, ini akan menyebabkan kulit hilang air, membawa kepada kulit kering dan senang dijangkiti bakteria dan virus.
PUNCA BERLAKUNYA ECZEMA:
1 . GENETIK
Jika ada saudara-mara yang menghidap eczema, atau pernah mendapat eczema, besar kemungkinan anak anda akan menghidap eczema. Perubahan gen dalam badan juga boleh menyebabkan kulit anda cenderung untuk mendapat eczema.
2 . ALLERGI TERHADAP MAKANAN
Jika anda atau anak anda ada allergi terhadap makanan tertentu, kemungkinan besar anda akan mengalami eczema. Dan allergi ini akan membuatkan tanda dan gejala eczema bertambah buruk.
3 . BAHAN PERENGSA KULIT (SKIN IRRITANTS)
Individu yang menghidap eczema akan ada kulit yang lebih sensitif terhadap sebarang bahan perengsa. Antara bahan perengsa kulit yang biasa menyebabkan eczema adalah:
- Pakaian seperti baju nylon, baju kain biri-biri (wool)
- Bulu haiwan peliharaan
- Debunga (Pollen)
- Habuk di dalam rumah
4 . FAKTOR PERSEKITARAN
Pencemaran udara akibat asap kilang, asap rokok boleh menyebabkan tanda dan gejala eczema bertambah buruk. Perubahan cuaca extreme juga boleh menyebabkan eczema. Cuaca sejuk menyebabkan kulit kering dan gatal-gatal, manakala cuaca panas juga menyebabkan tanda dan gejala eczema bertamabh buruk.
Dapatkan produk softgel keluaran Rayhanah dengan jaminan kualiti terbaik.
Dapatkan Softgel Zaitun Gold Dari Rayhanah Hari Ini!
SUMBER RUJUKAN:
- Eczema causes and atopic dermatitis risks: Genetics, environment, and more. WebMD. Retrieved December 3, 2021, from https://www.webmd.com/skin-problems-and-treatments/eczema/eczema-causes.
- Eczema (atopic dermatitis): Causes, treatment & symptoms. Cleveland Clinic. (2020). Retrieved December 3, 2021, from https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/9998-eczema.
- What causes flares of eczema in children? British Journal of Dermatology, 161(3), 640–646. https://doi.org/10.1111/j.1365-2133.2009.09320.x