Kelebihan 4 Produk Rayhanah Terhadap Eczema

Kelebihan 4 Produk Rayhanah Terhadap Eczema

Terdapat pelbagai cara untuk merawat penyakit eczema, daripada pengambilan ubat medikal kepada rawatan alternatif lain. Bacaan dan penyelidikan umum perlu dibuat sebelum merawat eczema.

Sebelum ini, kita sudah menceritakan simptom dan langkah pencegahan penyakit eczema di dalam post Tanda Dan Gejala Eczema Serta Langkah Pencegahan.

Kali ini, kita akan membincangkan kebaikan produk-produk Rayhanah iaitu Madu Yaman, Softgel Habbatussauda, Softgel Minyak Zaitun dan Softgel Minyak Kelapa Dara dalam merawat eczema.


1 - MADU


Madu sangat bagus untuk merawat penyakit kulit seperti luka dan eczema. Ini kerana madu mempunyai pelbagai sifat seperti anti-bakteria, anti-viral, anti-keradangan dan anti-oksida.



Madu juga mendorong penghasilan antibodi. Kajian menunjukkan penggunaan madu terhadap kawasan terkena eczema selama 7 hari dapat mengurangkan luka yang disebabkan eczema berbanding yang tidak menggunakan madu.


2 - HABBATUSSAUDA


Satu kajian melaporkan, selepas 4 minggu penggunaan habbatussauda untuk merawat eczema, pesakit menunjukkan peningkatan positif dari segi simptom serta kualiti hidup pesakit tersebut.



Kajian ini membuktikan bahawa penggunaan habbatussauda berupaya meningkatkan imun badan, secara langsung mengurangkan kesakitan, dan menambah baik tahap kualiti hidup penghidap eczema.

Sifat anti-radang dan anti-mikrob dalam habbatussauda sangat efektif dalam merawat penyakit kulit seperti eczema ini, dan ia juga tidak meninggalkan kesan sampingan seperti ubat-ubatan lain.


3 - MINYAK ZAITUN


Minyak zaitun didapati dapat meningkatkan imun sistem badan dan mengurangkan risiko allergi dalam kanak-kanak dan orang dewasa.



Minyak zaitun mempunyai sebatian fenolik (phenolic compounds) yang bersifat anti-keradangan dan tinggi anti-oksidan yang membantu menyembuhkan simptom eczema.

Pengambilan minyak zaitun juga dapat mengurangkan kadar kemasukan ke hospital akibat eczema.


4 - MINYAK KELAPA DARA


Minyak kelapa dara membantu menguatkan kembali struktur kulit yang lemah, menjadikannya kurang terdedah kepada serangan oleh allergens dan menghalang perkembangan eczema.



Kajian melaporkan penggunaan minyak kelapa dara selama 8 minggu terhadap kawasan eczema berupaya memusnahkan bahan-bahan yang menggalakkan proses keradangan pada kulit.

Ini kerana minyak kepala dara mempunyai kandungan asid laurik (monolaurin) yang membantu mengurangkan keradangan.


Dapatkan Produk Madu dan Softgel berkualiti tinggi keluaran Rayhanah



Sumber Rujukan:

  • Honey is potentially effective in the treatment of atopic dermatitis: Clinical and mechanistic studies. Immunity, Inflammation and Disease, 5(2), 190–199.
  • Comparison of therapeutic effect of topical Nigella with Betamethasone and Eucerin in hand eczema. Journal of the European Academy of Dermatology and Venereology, 27(12), 1498–1504.
  • Benefits of Adhering to a Mediterranean Diet Supplemented with Extra Virgin Olive Oil and Pistachios in Pregnancy on the Health of Offspring at 2 Years of Age. Results of the San Carlos Gestational Diabetes Mellitus Prevention Study. Journal of clinical medicine, 9(5), 1454.
  • The effect of topical virgin coconut oil on SCORAD index, transepidermal water loss, and skin capacitance in mild to moderate pediatric atopic dermatitis: a randomized, double-blind, clinical trial. International Journal of Dermatology, 53(1), 100–108.

Related products