Kapsul Softgel dan Gelatin. Adakah Halal dan Selamat?

Kapsul Softgel dan Gelatin. Adakah Halal dan Selamat?

Penggunaan kapsul softgel dalam pembuatan ubatan dan suplemen semakin menjadi trend pada masa kini. Pengambilannya bukan sahaja mudah, malah telah di uji selamat dan berkesan.

Selain itu, penggunaan kapsul softgel juga dapat menutup bau dan rasa ubat, minyak atau suplemen yang di isi, jadi ianya mudah di telan tanpa rasa loya di tekak.


Apa itu Kapsul Softgel?


Kapsul softgel ialah kapsul gelatin lembut. Ia diperbuat daripada gelatin dan kegunaannya adalah untuk mengisi bahan kandungan dalam bentuk cecair.



Apakah itu Gelatin?

Gelatin adalah bahan semula jadi. Tiada gelatin yang dihasilkan daripada proses sintetik atau kimia.

Pada asasnya, gelatin adalah sejenis protein yang dihasilkan daripada rangkaian kolagen yang diperoleh daripada kulit, tulang atau ligamen (tulang rawan) haiwan.


Gelatin boleh di dapati sama ada dalam bentuk serbuk atau kepingan dan ia adalah hidrokoloid (mudah bersatu dengan air)


Dalam Peraturan-peraturan Makanan 1985, gelatin dikategorikan sebagai kondisioner makanan di mana ia digunakan sebagai penstabil, pemekat, kanji ubah suai dan agen penggelan.

Kondisioner ialah apa-apa bahan yang ditambah pada makanan bagi mendapatkan makanan yang dihasratkan melalui teknologi-teknologi tertentu.


Kenapa Gelatin Dipilih sebagai Bahan Utama dalam Penghasilan Kapsul Softgel?


Gelatin dikenal pasti sebagai penstabil dan pengemulsi terbaik terutama sekali bagi jenis suplemen yang larut lemak.

Kegunaannya amat penting dalam penghasilan softgel untuk memastikan kandungan suplemen dan kulit kapsul tidak bercampur dan dapat di simpan lebih lama.



Gelatin Bovine


Gelatin bovine adalah gelatin dari kolagen yang berasal dari lembu.

Kolagen merupakan salah satu bahan yang membentuk tulang rawan dan tulang. Ia kaya dengan protein dan profil asid aminonya yang unik memberi banyak manfaat kesihatan.

Haiwan yang dibesarkan dalam keadaan selesa dan kondusif akan mempunyai kolagen berkualiti tinggi untuk dijadikan sebagai gelatin.



Gelatin dan Halal


Pencarian suplemen softgel yang halal dan selamat amat penting terutama buat pengguna muslim.



Adakah Gelatin Halal?


Gelatin adalah halal sekiranya sumber haiwan yang digunakan dalam pengeluarannya adalah daripada haiwan yang halal dimakan dan haiwan tersebut telah melalui proses sembelihan mengikut syariat Islam.


Softgel Halal dan Selamat


Cara yang terbaik bagi pengguna untuk mengenal pasti sumber ubat-ubatan dan suplemen softgel yang diambil itu datang daripada sumber yang halal dan selamat adalah dengan:

  • Mencari ubat dan suplemen yang mempunyai pengesahan halal dan logo halal pada produk
  • Mempunyai nombor MAL dan berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)


Pencarian Suplemen yang Halal dan Selamat penting bagi Penjagaan Kesihatan yang Berkesan dan Meyakinkan terutama buat Pengguna Muslim


Dapatkan Softgel Rayhanah dengan kelulusan KKM dan HALAL JAKIM. Tiada lagi ragu-ragu dengan produk dari Rayhanah!



Sumber Rujukan:

Gelatin dalam Makanan, PORTAL MY HEALTH

Gelatin Bovine serta Kegunaannya, Dr Mohd Ramzdhan, 2020, https://www.doctoroncall.com.my

What Is Gelatin Good For? Benefits, Uses and More, Healthline

What Is Gelatin? Everything you need to know, 2019, https://www.rousselot.com


Related products