Kajian dari Pakistan Buktikan Madu dan Habbatussauda Bantu Penyembuhan Pesakit Covid-19

Kajian dari Pakistan Buktikan Madu dan Habbatussauda Bantu Penyembuhan Pesakit Covid-19

Dengan peningkatan kes Covid-19, pelbagai pihak mengambil inisiatif untuk menjalankan kajian-kajian saintifik demi mencari jalan penyelesaian buat wabak yang melanda dunia ini.

Keberkesanan herba-herba dan pemakanan semulajadi turut di uji termasuklah pemakanan-pemakanan sunnah seperti madu dan habbatussauda yang dikatakan mampu meningkatkan imuniti badan.

Satu kajian klinikal telah dijalankan di Pakistan pada April hingga Julai 2020 untuk menguji tahap keberkesanan pengambilan madu dan habbatussauda dalam merawat Covid-19 yang semakin menular dan masih belum mempunyai penawar khusus ini.


Kajian Uji Tahap Keberkesanan Madu dan Habbatussauda


Kajian yang diketuai oleh Dr Sohaib Ashraf dari Jabatan Kardiologi, Kompleks Perubatan Shaikh Zayed ini telah menguji para pesakit Covid-19 bersimptom sederhana dan berat dari empat pusat rawatan di sekitar Lahore, Pakistan.

Para pesakit ini telah diberi makan madu (1 gm/kg) beserta serbuk habbatussauda (80 mg/kg) setiap hari, selama 13 hari, sebagai rawatan alternatif tambahan di samping rawatan SCT (standard care theraphy) khusus Covid-19 oleh pasukan perubatan.

Seramai 313 pesakit telah diuji dengan kadar pembahagian 1:1 pemberian madu dan habbatussauda (HNS) berbanding pemberian placebo sebagai control.



Madu dan Habbatussauda Bantu Proses Pemulihan Pesakit


Hasil kajian telah mendapati terdapat kadar penurunan menghampiri 50% pada masa yang diambil untuk pengurangan simptom jangkitan oleh pesakit yang diberi madu dan habbatussauda (HNS), berbanding yang diberi makan placebo.

Para pesakit yang diberi HNS juga telah didapati bebas sepenuhnya daripada virus tersebut empat hari lebih awal berbanding yang diberi placebo.



Tambahan pula, pada hari ke-6 kajian, telah didapati seramai 63.6% pesakit bersimptom sederhana yang diberi HNS telah mampu menjalankan aktiviti harian berbanding hanya 10.9% bagi pesakit yang diberi placebo. Sepanjang kajian juga, 50% pesakit bersimptom berat yang diberi HNS telah dibenarkan keluar hospital berbanding hanya 2.8% bagi pesakit yang diberi placebo.

Pemberian madu dan habbatussauda (HNS) ini juga didapati telah mempengaruhi kadar kematian dimana, kadar kematian selepas 30 hari didapati 4X lebih rendah bagi pesakit yang diberi HNS. Selain itu, tiada sebarang kesan sampingan memudaratkan telah dilaporkan akibat dari penerimaan madu dan habbatussauda ini.



Gabungan Madu dan Habbatussauda Berpotensi sebagai Rawatan Alternatif Covid-19


Secara keseluruhannya, kajian ini telah membuktikan bahawa pemberian madu dan habbatussauda pada para pesakit Covid-19 telah menyebabkan berlakunya pengurangan simptom secara signifikan, kadar penyembuhan yang lebih cepat, serta pengurangan kadar kematian akibat Covid-19.

Walaupun kajian lanjut masih diperlukan dengan skala yang lebih besar dan terperinci, kajian ini telah berjaya menunjukkan kemampuan dan keberkesanan gabungan madu dan habbatussauda dalam menguatkan sistem ketahanan badan untuk melawan kesan jangkitan virus merbahaya ini.

Justeru, penggunaan madu dan habbatussauda adalah berpotensi untuk dijadikan rawatan alternatif tambahan yang berpatutan dan mudah didapati dalam ikhtiar kita untuk merawat pesakit Covid-19.

Sesungguhnya setiap penyakit pasti ada penawarnya.



Dapatkan madu berkualiti dari Lembah Hadramawt dan softgel Habbatussauda Rayhanah, produk mesra seisi keluarga…


KLIK SINI UNTUK LIHAT PRODUK RAYHANAH



Sumber Rujukan:

  • Ashraf, Sohaib, et al. “Honey and Nigella sativa against COVID-19 in Pakistan (HNS-COVID-PK): A multi-center placebo-controlled randomized clinical trial.” medRxiv (2020).

Related products