Jerebu: Lindungi Diri dengan Makanan Sunnah

Jerebu: Lindungi Diri dengan Makanan Sunnah

Baru-baru ini negara kita mengalami jerebu yang menyebabkan beberapa kawasan di Malaysia mencatatkan indeks pencemaran udara tidak sihat. Keadaan ini boleh memberi kesan kepada masalah kesihatan.


Jerebu: 7 kawasan catat IPU tidak sihat – Corporate Kini


Jerebu


Jerebu adalah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini adalah merbahaya dan jumlahnya yang semakin meningkat di udara akan menyebabkan pencemaran. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semulajadi atau kesan sampingan daripada aktiviti manusia seperti pembakaran terbuka, asap dari kilang dan kenderaan. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian, keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

 

Kesan Jerebu Ke atas Kesihatan


Jerebu yang berterusan boleh mendatangkan risiko kesihatan terutama kepada golongan yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, orang tua, pesakit asma, pesakit jantung, pesakit radang paru-paru, dan mereka yang bekerja di luar. Semakin tinggi nilai Indeks Pencemaran Udara (IPU), semakin teruk tahap jerebu dan semakin tinggi risiko kesihatan. Antara kemungkinan kesan kesihatan terhadap jerebu adalah

 

  • Kesukaran bernafas
  • Serangan jantung
  • Gatal tekak dan batuk
  • Gatal mata
  • Jangkitan pada saluran pernafasan
  • Kegatalan kulit


Langkah-Langkah Pencegahan Ketika Jerebu


  1. Menangguhkan aktiviti diluar rumah.
  2. Kerap mencuci muka, tangan dan anggota-anggota yang terdedah kepada jerebu.
  3. Minum air yang banyak, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
  4. Memakai penutup hidung (face mask) Ketika berurusan di luar rumah.
  5. Bagi pesakit yang mengalami batuk, selsema, sakit tekak dan asma yang kronik hendaklah mendapatkan rawatan diklinik dengan segera.
  6. Sentiasa mendapatkan maklumat terkini dan mengikut nasihat daripada pihak berkuasa.

 

 


Tingkatkan Imunisasi Anda Dengan Habbatussauda dan Madu Rayhanah


Lindungi diri anda daripada risiko kesihatan akibat jerebu dengan meningkatkan imunisasi melalui amalan supplement sunnah Habbatussauda dan Madu Rayhanah.


Softgel Habbatussauda



Kajian mendapati kandungan bahan aktif Thymoquinone, TQ didalam habbatssauda dapat memberi kesan anti-bakteria, anti kulat serta anti-virus. Justeru, pengambilannya setiap hari dapat membantu meningkatkan dan menguatkan sistem imunisasi badan, selain berpotensi membantu menyembuh dan mencegah pelbagai penyakit seperti batuk, demam dan selsema. 

 

Pengambilan habbatussauda setiap hari juga dapat mengurangkan masalah keradangan oleh penghidap asma serta mengelakkan daripada laluan udara kekal sempit.

 

Madu


 

Madu telah digunakan sejak dahulu lagi untuk pelbagai tujuan perubatan dan kesihatan. Kajian saintifik membuktikan madu mempunyai kesan anti-mikrob, anti-radang, serta sumber antioksidan semulajadi. Enzim-enzim semulajadi di dalam madu membantu melawan mikroorganisma pathogen, justeru membantu melawan jangkitan kuman, mengurangkan keradangan serta meningkatkan imunisasi badan.

Amalan pengambilan madu mampu mencegah risiko batuk dan selsema. Selain itu, kajian juga membuktikan pengambilan madu setiap hari bersama Habbatussauda dapat meningkatkan fungsi paru-paru pesakit asma dan membantu mengurangkan keradangan saluran udara ketika berlakunya serangan asma.

 

Perlindungan Optimum Dengan Set Combo Softgel Habbatussauda dan Madu Rayhanah


Lindungi diri anda dari risiko kesihatan akibat jerebu dengan meningkatkan imunisasi secara optimum melalui set combo softgel Habbatussauda Rayhanah dan Madu Sumur Premium Rayhanah.

 

 


Dapatkan Produk Madu dan Softgel berkualiti tinggi keluaran Rayhanah.

 


KLIK SINI UNTUK LIHAT PRODUK RAYHANAH

 

 


Sumber Rujukan:

Related products