Jantung Sihat dengan “Set Se-Heart” Rayhanah

Jantung Sihat dengan “Set Se-Heart” Rayhanah

 

Tahukah anda penyakit jantung adalah pembunuh senyap no 1 di dunia? 

Di Malaysia pula, Statistik yang dikeluarkan pada tahun 2020 melaporkan serangan jantung adalah penyebab kematian nombor satu dan secara purata, 50 rakyat Malaysia meninggal dunia disebabkan oleh serangan jantung setiap hari.

 

Serangan jantung berlaku disebabkan oleh saluran darah jantung yang tersumbat akibat daripada proses aterosklerosis iaitu pemendapan plak bahan berlemak pada salur darah. Proses pemendapan ini menyebabkan saluran darah jantung menjadi semakin sempit dan berisiko untuk tersumbat.

Antara gejala yang sering kali dirasai oleh pesakit ketika serangan jantung adalah sakit di bahagian abdomen atas, sukar bernafas, berpeluh sejuk, kelesuan, pening kepala dan juga berasa loya.

Penting untuk kita mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat bagi melindungi kesihatan jantung dan memastikan kesihatan berada pada tahap yang optimum.

 

Lindungi Jantung dengan “Set Se-Heart” Rayhanah


Istimewa sempena "Hari Jantung Sedunia" yang disambut pada 29 September ini, Rayhanah memperkenalkan “Set Se-Heart” yang mengandungi softgel Zaitun Gold dan Kelapa Dara khusus untuk perlindungan optimum jantung anda.

Tahukah anda “Set Se-Heart” Rayhanah mampu membantu untuk mencegah atau mengurangkan risiko penyakit jantung. Jom ketahui dengan lebih lanjut kebaikan dan manfaat Extra Virgin Olive Oil dan Minyak Kelapa Dara Rayhanah dalam “Set Se-Heart” ini.

 

Zaitun Gold


 

Extra virgin olive oil mengandungi lebih 70% Omega 9 yang mana menurut kajian sains Omega 9 lebih significant untuk menjaga jantung.


Minyak zaitun juga kaya dengan dengan antioksida Hydroxytyrosol yang boleh mengurangkan risiko terkena penyakit kronik. Kandungan antioksida di dalam minyak zaitun ini secara biologinya dapat membantu menurunkan risiko penyakit jantung dan kardiovaskular.

Ianya mampu melindungi jantung dari kolesterol jenis LDL yang menyebabkan saluran darah dalam jantung tersumbat. Untuk mengelakkan salur darah tersumbat, penggunaan lemak mono tidak tepu seperti minyak zaitun dalam menu makanan harian adalah amat digalakkan.

 

Minyak zaitun menjadi asas utama dalam diet Mediterranean. Kajian menunjukkan, pengambilan lemak mono tidak tepu boleh mengelakkan penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung dan strok malah, minyak zaitun juga boleh mengurangkan inflamasi, tekanan darah, tahap kolesterol dan juga gula dalam darah.

Menurut kajian pada tahun 2018, Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) Amerika dan Penguasa Keselamatan Makanan Eropah, mengesyorkan pengambilan sekitar 20 gram atau dua sudu besar Minyak Zaitun Extra Virgin setiap hari dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung (cardiovascular) dan keradangan (inflamatory).

 

Minyak Kelapa Dara



Minyak kelapa dara tinggi dengan lemak tepu asli jenis MCFA yang sangat baik untuk kesihatan. Kajian menunjukkan minyak kelapa mampu mencegah penyakit jantung koronari kerana ia meningkatkan paras kolesterol HDL (kolesterol baik) dan juga mencegah kolesterol LDL daripada teroksida dan menjadi kolesterol ‘jahat’.

Kajian tersebut adalah kajian secara ‘randomised crossover trial’ yang diterbitkan dalam Journal Evidence-Based Complementary and Alternative Medicine. Dalam kajian ini peserta di kalangan orang dewasa yang muda dan sihat di berikan 2 sudu minyak kelapa dara (VCO) setiap hari dan hasil kajian mendapati berlaku peningkatan paras HDL dalam darah. Selain itu, kajian mendapati tiada apa-apa kesan sampingan yang merbahaya berlaku dengan pengambilan minyak kelapa dara selama 8 minggu kajian berlangsung.

Potensi peningkatan paras HDL menunjukkan bahawa risiko penyakit jantung dan darah tinggi adalah lebih rendah dengan pengambilan minyak kelapa dara. Disamping itu kajian ini juga menunjukkan penurunan paras trigliserida dalam darah yang juga amat baik untuk kesihatan jantung.

Selain itu, terdapat juga satu lagi kajian  besar-besaran mendapati individu yang banyak mengambil minyak kelapa dara setiap hari mempunyai risiko sakit jantung sebanyak 9% lebih rendah berbanding mereka yang tidak mengamalkannya.


Komposisi lemak di dalam minyak kelapa dara Rayhanah merupakan rahsia khasiatnya yang pelbagai. 40% daripadanya merupakan lemak MCFA, sejenis lemak tepu sihat yang menjadi asas utama dalam keunikan minyak kelapa dara. 


Set Se-Heart untuk Jantung yang Sihat


BAYU9613


Kesimpulannya, pengambilan "Set Se-Heart" sebagai suplemen harian anda adalah amat bermanfaat untuk melindungi dan mengekalkan kesihatan jantung anda. Jom kita hargai dan pelihara kesihatan jantung kita dengan makanan tambahan semulajadi yang berkualiti tinggi, halal dan selamat dari Rayhanah.

 

  



Sumber Rujukan:

  1. https://people.utm.my/mshahrulnizam/info-sihat/minyak-kelapa-dara-produk
  2. 20 kelebihan minyak kelapa dara, anggur.uk,2021. https://anggur.uk/20-kelebihan-minyak-kelapa-dara/
  3. https://www.utusan.com.my/gaya/kesihatan/2022/01/kadar-kematian-sakit-jantung-dua-kali-ganda-di-musim-pandemik/

 

 

Related products