Imuniti Hebat Badan Sihat

Imuniti Hebat Badan Sihat

Imuniti badan memainkan peranan penting dalam mengekalkan tahap kesihatan badan supaya berada pada tahap yang optimum. Ia sangat penting untuk melindungi diri kita dari sebarang jangkitan, mencegah dan melawan penyakit yang disebabkan oleh bakteria, virus, fungi dan patogen-patogen lain.


Gaya hidup sangat mempengaruhi tahap imuniti seseorang. Amalan gaya hidup yang sihat dan aktif seperti bersukan, tidur yang mencukupi serta pemakanan yang sihat dan seimbang dapat membantu mengekalkan tahap imuniti badan seseorang pada tahap yang optimum.


Walaubagaimanapun, di zaman yang serba moden ini agak sukar untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat dan aktif akibat dari kesibukan menguruskan rutin harian dan kekangan masa. Perubahan persekitaran seperti pencemaran dan perubahan cuaca juga turut mempengaruhi tahap imuniti seseorang.


Kaitan Habbatussauda dan Imuniti


Free photo sesame oil and raw black sesame seeds on dark background


Habbatussauda adalah salah satu makanan Sunnah yang diamalkan sejak zaman-berzaman yang dipercayai dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan dan membantu menyembuhkan pelbagai penyakit. Tahukah anda, dengan mengambil minyak habbatussauda sebagai makanan tambahan dalam diet seharian dapat membantu meningkatkan imuniti seseorang.  Sifat-sifat yang ada pada habbatussauda yang dapat membantu meningkatkan imuniti badan adalah:


  1. Sifat antioksidan

Thymoquinone adalah bahan aktif utama dalam habbatussauda yang bersifat antioksidan yang boleh melindungi badan daripada tekanan oksidatif dan meningkatkan fungsi imun.

  1. Sifat Anti-Radang

Keradangan yang teruk boleh memberi kesan kepada sistem imun. Sifat anti-radang yang ada pada minyak habbatussauda dapat membantu mengurangkan simptom penyakit dan aktiviti sistem imun yang tidak perlu.

  1. Sifat Anti-bakteria

Thymoquinone dalam minyak habbatussauda juga dapat membantu melawan pelbagai pathogen, sekaligus membantu badan menangkis jangkitan dan menyokong sistem imun.



Tingkatkan Imuniti dan Lindungi Diri Anda Dari Covid-19



Baru-baru ini terdapat peningkatan bagi kes Covid-19. Umum mengetahui bahawa masih belum ada penawar bagi Covid 19. Pengambilan vaksin dan ubat-ubatan adalah antara langkah yang telah dilakukan bagi mengurangkan kadar penularan dan mengurangkan gejala covid 19. Ada juga dikalangan mereka yang mencari alternatif lain untuk meningkatkan imuniti bagi mencegah dari dijangkiti Covid-19. Makanan Sunnah seperti habbatussauda adalah salah satu alternatif bagi meningkatkan imuniti badan.  Sifat-sifat berikut yang ada pada minyak habbatussauda dapat membantu untuk meningkatkan imuniti badan.


Terdapat kajian pada tahun 2021, Clinical Trial of Black Seeds Against COVID-19 in Kirkuk City/Iraq oleh Dr. Kadhim Ali Abbas Al-Haidari yang membuktikan bahawa habbatussauda adalah ejen terapeutik yang selamat dan berkesan dalam mengurangkan komplikasi Covid-19. Ia mempunyai sifat anti-viral, anti-radang, antioksidan, anti histamic, anti-mikrob dan analgesic yang sangat membantu dalam rawatan pemulihan pesakit Covid-19.


Habbatussauda Rayhanah dalam bentuk softgel yang mudah di telan, travel friendly, halal dan diyakini selamat dapat membantu kita untuk konsisten dalam mengamalkan minyak habbatussauda dalam diet seharian.

 

 


 Jom Dapatkan Softgel Habbatussauda Rayhanah



Rujukan:

  1. Kadhim Ali Abbas Al-Haidari, Tunjai Namiq Faiq, Ozdan Akram Ghareeb (2021), Clinical Trial of Black Seeds Against COVID – 19 in Kirkuk City/ Iraq.

Related products