Sejak dari penghujung tahun 2019 sehingga kini, sudah hampir tiga tahun wabak Covid-19 melanda dunia dan memberi kesan kepada seluruh masyarakat.
Bukan sahaja sektor kesihatan, malah sektor ekonomi turut terjejas dan banyak melumpuhkan sumber pendapatan. Ramai juga yang menjadi korban terutama golongan warga emas dan mereka yang menghidap komorbiditi.
Sumber ‘Immune Booster’ Semulajadi
Di kala kes-kes wabak Covid-19 ini masih menular dan kini kembali mencecah lima angka, adalah penting buat setiap individu mengambil inisiatif meningkatkan ketahanan badan dan imunisasi diri dengan pemakanan-pemakanan semulajadi. Terdapat pelbagai sumber-sumber alami yang mampu menjadi “Immune Booster” anda setiap hari.
Antaranya adalah dari amalan pengambilan makanan-makanan sunnah seperti madu dan habbatussauda. Jom ketahui rahsia kebaikan madu dan habbatussauda untuk perlindungan diri anda sepanjang hari.
1- Madu Lebah Asli
Komposisi utama madu ialah karbohidrat ringkas iaitu glukosa dan fruktosa. Selain karbohidrat, hampir semua madu mengandungi sumber ‘phytonutrient’ seperti antioksidan dan enzim-enzim semulajadi, serta pelbagai jenis vitamin dan mineral yang amat diperlukan tubuh badan.
Sumber ‘phytonutrient’ dalam diet harian adalah penting sebagai ‘immune booster’ untuk perlindungan diri sepanjang hari. Sumber antioksidan seperti flavonoid, asid fenolik, asid askorbik, dan tokoferol membantu meningkatkan antibodi, justeru menambah kekuatan sistem ketahanan badan.
Enzim-enzim semulajadi di dalam madu juga membantu melawan mikroorganisma pathogen, justeru dapat merawat jangkitan kuman dan mengurangkan keradangan.
2- Habbatussauda / Jintan Hitam
Habbatussauda atau jintan hitam terkenal dengan manfaatnya sebagai penawar dan sumber antiseptik semulajadi untuk menyembuhkan luka. Ekstrak minyak perahan habbatussauda kaya dengan beberapa kandungan bahan aktif dan antioksidan yang mampu memberi perlindungan dan menjadi ‘Immune Booster’ anda jika di amalkan setiap hari.
Antara sumber khasiat utama minyak habbatussauda adalah kandungan Thymoquinone (TQ) yang terbukti mampu meningkatkan imuniti dan melawan jangkitan kuman. Kajian mendapati kandungan TQ dalam habbatussauda dapat memberikan kesan anti-radang, anti-bakteria, anti-kulat, serta anti-virus.
Pengambilan 1 – 2 gram minyak habbatussauda setiap hari dapat membantu dalam menguatkan sistem ketahanan badan, selain berpotensi menyembuh dan mencegah pelbagai penyakit seperti batuk, selsema, serta gangguan pencernaan.
Makanan Sunnah dan Covid-19
Penularan wabak Covid-19 yang sehingga kini masih belum mempunyai penawar khusus, menyebabkan pelbagai pihak bertanggungjawab mengambil inisiatif untuk menjalankan kajian berkaitan makanan-makanan semulajadi yang mampu meningkatkan imuniti dan membantu proses penyembuhan para pesakit Covid-19.
Disamping pengambilan vaksin, amalan-amalan pemakanan dari Al-Quran dan Hadis turut dirujuk kembali sebagai salah satu ikhtiar masyarakat untuk menambah perlindungan diri dan seisi keluarga. Kajian mendapati amalan pengambilan makanan-makanan sunnah dapat membantu meningkatkan antibodi dan mencegah risiko jangkitan Covid-19 ini.
Antara kajian-kajian yang telah dilaporkan adalah:
- Kajian dari Fakulti Perubatan, Universiti Taibah, Arab Saudi diketuai Dr. Salah Mohamed El-Sayed menunjukkan pengambilan makanan tambahan semulajadi yang terdiri daripada campuran habbatussauda, madu, dan bunga chamomile oleh pesakit-pesakit Covid-19 disamping perubatan medikal telah menunjukkan kadar penyembuhan yang lebih cepat, serta pengambilannya oleh orang awam mampu mencegah risiko jangkitan, justeru berpotensi mengurangkan penularan wabak ini.
- Satu kajian di Pakistan diketuai Dr. Sohaib Ashraf dari Kompleks Perubatan Shaikh Zayed, Lahore mendapati para pesakit Covid-19 yang diberi makan habbatussauda atau N. sativa (80 mg/kg) dan madu (1 gm/kg) setiap hari, selama 13 hari, telah menunjukkan pengurangan simptom secara signifikan, kadar penyembuhan yang lebih cepat, serta pengurangan kadar kematian berbanding yang diberi placebo. Justeru, penggunaan habbatussauda dan madu berpotensi dijadikan rawatan alternatif tambahan dalam merawat jangkitan Covid-19.
Kesimpulannya, amalan pengambilan sesudu madu dan habbatussauda setiap hari mampu melindungi diri anda dari pelbagai sumber-sumber jangkitan dari luar. Pengambilan kedua-dua sumber pemakanan semulajadi dari Al-Quran ini juga boleh dijadikan salah satu alternatif dan ikhtiar untuk penyembuhan para pesakit Covid-19.
Amalkan sesudu Madu Lembah Hadramawt dan Softgel Habbatussauda Rayhanah setiap pagi untuk perlindungan sepanjang hari..
DAPATKAN PRODUK MADU DAN HABBATUSSAUDA BERKUALITI DARI RAYHANAH
Sumber Rujukan:
- Bogdanov, S., Jurendic, T., Sieber, R., & Gallmann, P. (2008). Honey for nutrition and health: a review. Journal of the American college of Nutrition, 27(6), 677-689.
- “Ketahui kehebatan Habbatus Sauda”, Majalah Al-Islam, Mac 2012.
- S.M. El-sayed et. al.,“Promising preventive and therapeutic effects of TaibUVID nutritional supplements for covid-19 pandemic: towards better public prophylaxis and treatment (a retrospective study)”, 2020.
- Ashraf, Sohaib, et al. “Honey and Nigella sativa against COVID-19 in Pakistan: A multi-center placebo-controlled randomized clinical trial, 2020.