Bahaya Kanser Payudara: Kurangkan Risiko Anda Dengan Supplement Sunnah

Bahaya Kanser Payudara: Kurangkan Risiko Anda Dengan Supplement Sunnah

Kanser Payudara


Kanser payudara merupakan kanser utama dalam kalangan wanita di Malaysia. Kanser payudara berlaku apabila terdapat kelainan pada pertumbuhan tisu yang membawa kepada benjolan. Sel yang terletak di dalam payudara bercambah dengan pantas dan menghasilkan tisu tambahan. 

 

Kebanyakkan kanser payudara bermula dari sel yang melapisi bahagian saluran (ductal cancer). Sebahagian lain bermula pada kelenjar lobul (lobular cancer) dan selebihnya bermula dari tisu-tisu lain.

 

Apabila sel ini sampai ke bahagian tubuh badan yang lain, ketumbuhan baru boleh terjadi di organ tersebut. Keadaaan barah merebak ini adalah dikenali sebagai barah sekunder atau metastasis. 


Simptom Awal Kanser Payudara:


  • Benjolan atau ketulan di payudara
  • Bengkak pada sebahagian payudara
  • Pendarahan atau lelehan luar biasa daripada puting (kekuningan atau berdarah)
  • Kerutan pada kulit di atas payudara
  • Gatal yang berterusan dan ruam di sekitar puting
  • Puting yang termasuk ke dalam atau sakit
  • Ketulan pada bahagian ketiak


Tanda Awal Kanser Payudara Awal Yang Sering Wanita Terlepas Pandang

 

Punca Kanser Payudara


Penyebab sebenar kanser payudara sehingga kini masih tidak diketahui. Setiap wanita berusia 20 tahun keatas adalah berisiko menghidap kanser payudara.

 

Menurut kajian, faktor seperti persekitaran, hormon, gaya hidup dan pemakanan kesemuanya mempunyai impak yang tersendiri terhadap kesihatan seseorang. Kanser payudara yang berlaku mungkin merupakan kesan interaksi yang kompleks antara kesemua faktor-faktor ini.

 

Pakar bedah payudara dan endokrin Pusat Perubatan Sunway, Dr Normayah Kitan berkata, kanser payudara berlaku disebabkan risiko boleh diubah dan risiko tidak boleh diubah. Risiko tidak boleh di ubah seperti peningkatan umur, jantina perempuan, sejarah keluarga atau genetik serta pendedahan kepada hormon estrogen yang lama iaitu datang haid di awal usia dan lambat menopaus menyebabkan risiko kanser payudara lebih tinggi.

 

Menurutnya lagi, bagi risiko yang boleh diubah pula adalah seperti wanita yang tidak pernah melahirkan anak atau menyusukan bayi, individu yang mengambil pil perancang dalam tempoh lebih dari 10 tahun, atau mengambil hormon HRT (Hormon Replacement Theraphy) bagi yang menopaus. Selain itu, individu dengan amalan gaya hidup yang tidak sihat juga seperti mengalami masalah kegemukan, tidak bersenam atau pernah terdedah kepada sinar radiasi disebabkan kanser lain juga berisiko tinggi menghidap kanser ini.


Antara Faktor-faktor yang Meningkatkan Risiko Kanser Payudara:


1. Umur

Apabila umur bertambah, risiko anda untuk menghidap kanser payudara turut meningkat. 85% kanser payudara berlaku dalam kalangan wanita yang berusia 50 tahun ke atas.


2. Umur ketika datang haid dan menopaus

Wanita yang datang haid lebih awal daripada 12 tahun mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap kanser payudara. Risiko yang sama juga turut dihadapi oleh wanita yang mengalami menopaus pada umur lebih dari 55 tahun. Pendedahan kepada hormon estrogen dan progesterone merupakan antara faktor yang memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sel kanser payudara.

 

3. Sejarah keluarga

Hampir 5% - 10% kanser payudara adalah disebabkan oleh faktor genetik. Wanita yang mempunyai ibu, saudara mara terdekat, adik beradik perempuan ataupun anak perempuan yang menghidap kanser mempunyai risiko sebanyak dua kali ganda. Malah 15% daripada wanita yang menghidap kanser payudara mempunyai ahli keluarga yang turut menderita penyakit yang sama.


4. Pemakanan yang tidak sihat

Hampir 30% - 40% kanser berpunca daripada corak pemakanan seseorang. Individu yang gemar ambil makanan yang berlemak didapati lebih berisiko untuk menghidap kanser payudara. Kajian mendapati negara yang mengamalkan pemakanan yang sihat, lebih pengambilan sayur-sayuran dan diet rendah lemak mempunyai bilangan pesakit kanser yang lebih rendah berbanding negara lain.


5. Tidak pernah melahirkan anak

Wanita yang tidak pernah melahirkan anak, menyusukan bayi atau individu yang mengambil pil perancang dalam tempoh lebih daripada 10 tahun berisiko tinggi menghidap kanser payudara.


Cara Mencegah Kanser Payudara


1. Kekalkan berat badan ideal.

  •     Kegemukan boleh meningkatkan potensi mendapat kanser payudara.

 

2. Kerap bersenam dan kekal aktif

  •     Lakukan lebih banyak aktiviti fizikal dan sentiasa kekal aktif.


3. Kawal pengambilan alkohol

  •    Kajian mendapati wanita yang mengambil 2 hingga 3 gelas alkohol sehari mempunyai 20% risiko menghidap kanser payudara.


4. Elak rawatan hormon

  •   Pengambilan hormon dalam kalangan wanita yang sudah menopaus meningkatkan risiko kanser payudara.

5. Hamil ketika usia masih muda

  •     Menurut kajian, wanita yang tidak mempunyai anak atau mengandung ketika umur melebihi 30 tahun mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap kanser payudara.

6. Menyusukan anak

  •      Ibu yang menyusukan anak kurang berisiko untuk menghidap kanser payudara. Lebih lama ibu tersebut menyusukan anak, maka risiko menghidap kanser juga dapat dikurangkan.

7. Ketahui sejarah kanser dalam keluarga

  •     Wanita yang mempunyai ahli keluarga yang menghidapi kanser lebih berisiko untuk mendapat kanser. Mereka yang berisiko perlu lebih peka dengan melakukan pemeriksaan sendiri. Pemeriksaan sendiri ini sebaiknya dibuat sebulan sekali (untuk mereka yang masih mempunyai haid). Waktu yang sesuai ialah 7 - 10 hari selepas haid. Untuk wanita yang telah putus haid, ambil satu tarikh yang mudah diingati dan lakukan pada setiap bulan sama ada hari pertama atau terakhir bulan tersebut.


www.rayhanahmadu.com


Kurangkan Risiko Kanser Payudara dengan Madu Royal Sidr dan Softgel Habbatussauda Rayhanah


Gaya hidup masa kini yang banyak terdedah kepada pengambilan makanan berproses, gaya hidup tidak sihat dan persekitaran yang tercemar memberi kesan buruk kepada tubuh kerana terdedah kepada penggunaan bahan kimia. Kejadian kanser juga dikaitkan dengan proses keradangan yang berlaku serta kesan negative dari radikal bebas.


Pengambilan makanan yang tinggi antioksidan dalam diet harian memainkan peranan penting dalam membantu mengurangkan risiko kanser payudara dan mengekalkan tahap kesihatan. 

 

Madu Sidr



Madu merupakan sumber antioksidan dan anti-radang semulajadi yang membantu mencegah dan merawat penyakit kronik termasuk kanser. Sifat istimewa madu ini membantu merendahkan tahap keradangan pada organ dan sel, justeru berpotensi mencegah serta mengawal beberapa penyakit serius seperti penyakt jantung, diabeties type 2 dan kanser.


Selain itu, madu juga berperanan melambatkan tindak balas pengoksidaan dengan mencegah pembentukan radikal baru dan membaik pulih kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas pada tubuh badan.


Madu Royal Sidr Rayhanah merupakan madu premium berkualiti dari Yaman. Ia dihasilkan dari lebah yang mengumpul nektar dari bunga pepohon Sidr yang tumbuh khusus di sekitar lembah Hadramawt, Yaman.


Madu Sidr merupakan madu monofloral dan antara sejenis madu terbaik di dunia disebabkan kualitinya yang unik dan nilai perubatannya yang luar biasa yang tidak dimiliki madu bunga liar lain. Bagi madu Sidr, nektar yang dikumpul dari bunga Sidr itu sendiri memberi kelebihan pada madu tersebut. Nilai perubatan yang tinggi pada madu Sidr ini bermaksud pelbagai kajian saintifik telah dibuktikan dengan penggunaan madu ini termasuk kajian-kajian berkaitan kanser.


Kajian diketuai Dr. Essam H. Ibrahim dari Universiti King Khalid, Saudi Arabia pada tahun 2019 telah membuktikan keberkesanan madu Sidr dalam memberikan kesan anti-kuman disamping turut menunjukkan potensi anti-kanser terhadap beberapa sel kanser.

 

Habbatussauda

 

 

Minyak habbatussauda kaya dengan antioksidan. Bahan aktif Thymoquinone (TQ) dalam habbatussauda bersifat antioksidan dan membantu dalam merawat dan mencegah kanser dan tumor. Kajian mendapati TQ di dalam habbatussauda mampu menyebabkan kematian sel-sel kanser dan menyekat pertumbuhannya.


Satu kajian dari Universiti King Saad, Riyadh pada 2014 telah melaporkan bahawa pendedahan ekstrak minyak Habbatussauda selama 24 jam pada sel kanser telah berjaya memberikan kesan anti-kanser dengan berlakunya pengurangan jumlah dan perkembangan sel-sel kanser ini secara signifikan dan morfologi sel-sel tersebut juga didapati semakin mengecut.

 

Selain potensi kesan anti-kanser, kajian juga mendapati kandungan bahan aktif Thymoquinone (TQ) dalam habbatussauda dapat memberikan kesan anti-bakteria, anti-kulat, serta anti-virus. Justeru, pengambilannya setiap hari dapat membantu dalam meningkatkan dan menguatkan sistem ketahanan badan, selain berpotensi membantu menyembuh dan mencegah pelbagai penyakit seperti batuk, demam dan selsema.



Dapatkan segera Madu Royal Sidr dan Softgel Habbatussauda Rayhanah! Hargai kesihatan anda, kurangkan risiko kanser payudara.


#PINKOCTOBER

 


KLIK SINI UNTUK ORDER MADU DAN HABBATUSSAUDA RAYHANAH



Sumber Rujukan:

 

Related products