Asal Madu Yaman

Apabila Tuhan mengajarkan lebah untuk membina sarang di atas pokok, bukit dan rumah-rumah penduduk Yaman, mereka berbuat demikian untuk membolehkan manusia menikmati manfaat penyembuhan dari madu. Apabila lebah mula mengambil debunga dari pohon Sidr, maka dari situlah terbitnya madu yang terbaik di dunia.

Pohon Sidr, juga dikenali sebagai pokok Lote, Christ’s Thorn, Jujube atau Nabkh. Nama Botani: Ziziphus spina-christi) dan ia merupakan pokok purba. Buah Jujube adalah makanan pertama yang Nabi Adam makan ketika beliau turun ke bumi. Pokok ini telah digunakan semasa zaman pemerintahan Nabi Suleiman dan Firaun untuk membina istana dan kuil-kuil.

Pohon yang kukuh ini juga dianggap suci kerana ia disebut empat kali dalam al-Quran. Dalam Surah Saba, ia disebut sebagai pokok bumi manakala dalam surah yang lain, ia disebut sebagai pokok syurga (Sidratul-Muntaha). Allah telah menyebut pokok ini untuk menekankan tentang keindahan, kekuatan dan kehebatannya (Saba 15,16; Waqia 27-33; Najm 7-18).

Selama ribuan tahun, pohon Sidr telah dikenali dengan kualiti perubatannya. Setiap bahagian pokok ini mengandungi khasiat nutrien tertentu yang mampu merawat penyakit tertentu. Daunnya digunakan sebagai syampu herba untuk merawat kelemumur, kutu kepala, sembab mata, nanah, bisul dan merawat obesiti. Manakala, daunnya digunakan sebagai pembasmi kuman untuk membersihkan badan apabila dicampur dengan air suam dan minyak dari getah pokok digunakan sebagai deodoran. Abu kayunya digunakan untuk merawat patukan ular. Buahnya didapati mempunyai kandungan nilai tenaga yang sangat tinggi. Bijinya kaya dengan sumber protein; daunnya kaya dengan kalsium, zat besi dan magnesium. Akar, kulit batang juga digunakan dalam pelbagai persediaan perubatan. Kegunaan perubatan popular yang lain termasuk untu merawat perut, kekejangan, sebagai pembuka selera dan juga sebagai ubat batuk.

Bertentangan dengan kepercayaan popular, tidak semua madu adalah sama. Setiap jenis madu mempunyai komposisi, khasiat pemakanan dan ciri-ciri penawar yang berbeza. Kajian yang dilakukan pada pelbagai madu yang berbeza membuktikan bahawa sumber debunga, iklim apabila madu dituai dan komposisi tanah merupakan faktor-faktor utama dalam menentukan rasa, warna, aroma dan juga kualiti serta keberkesanannya untuk tujuan perubatan dan kesihatan. Satu lagi faktor penting yang mempengaruhi kualiti penyembuhan madu adalah keasliannya. Hanya madu mentah dan yang belum diproses telah terbukti berkesan dalam merawat penyakit.

TENTANG

Kebaikan Madu Yaman

Apakah Kebaikan Madu Yaman

Madu Yaman Dari Sudut Pandangan Sains

Madun Yaman Dari Sudut Pandangan Sains

Bagaimana Madu Yaman Dihasilkan

Bagaimana Madu Yaman Dihasilkan

Mengapa Perlu Memilih Rayhanah

Mengapa Perlu Memilih Rayhanah